Alumni sekolah ini telah ditubuhkan, dengan membentuk jawatan kuasa penaja. Penubuhan jawatan kuasa penaja ini telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 20hb Mei 2005. Perjumpaan bekas pelajar masih berjalan tetapi mengikut tahun tertentu. Ini dijalankan oleh mereka yang berada di Kuala Lumpur dan mereka juga aktif dalam kelab elit di Segamat.

Dato' Abdul Ajib bin AhmadDato' Haji Ahmad Pardas bin SeninEncik Jamil bin RakonDatuk Dr. Zamani bin Md. Nor

Dari kiri : Dato' Abdul Ajib bin Ahmad, Dato' Haji Ahmad Pardas bin Senin,
Dato' Jamil bin Rakon, Datuk Dr. Zamani bin Md. Nor

Sekolah ini berjaya melahirkan ramai tokoh politik seperti bekas Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ajib bin Ahmad, Yang Berhormat Dr Rashid Bin Mokti; dalam bidang sukan sekolah telah melahirkan pemain kriket kebangsaan iaitu En S. Yogaswaran dan Pemain hoki kebangsaan iaitu En. Paul Raj. Sekolah juga telah melahirkan ahli koporat seperti Dato’ Haji Ahmad Pardas bin Senin, Pengerusi Malaysian Directors Academy (MINDA) dan ahli perniagaan Tan Khisu.

Di samping itu ramai tokoh akademik juga telah dilahirkan oleh sekolah ini. Antaranya ialah Dato‘ Rashdi bin Ramlan, mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Tidak kurang juga jasa sekolah ini dalam melahirkan ramai pentadbir peringkat nasional seperti Allahyarham Datuk Seri Prof. Ir. Dr Abd. Wahid bin Omar, mantan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Dr. Zamani Md. Nor, mantan Pengarah MARA (kini Pengerusi UniKL RCMP), Dato' Jamil bin Hj Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pendidikan Malaysia dan ramai lagi tokoh yang lain.

VISI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

MATLAMAT STRATEGIK

Memperkasa Sekolah Tinggi Segamat Sebagai Sekolah Premier.

Tuan Pengetua STS
En. Jais bin Saadon
Tuan Pengetua
Sekolah Tinggi Segamat

      
Portal ini sesuai dilayari menggunakan:
Apple Safari 5.0, Google Chrome 7.0, Mozilla Firefox 3.0 dan Opera 10.6
© 2013-2017 SMK TINGGI SEGAMAT.
SMK TINGGI SEGAMAT,
Jalan Sekolah, 85000 SEGAMAT, Johor, Malaysia.

T: +607 931 2472 | F: +607 931 9293 | http://sts.edu.my
web
analytics
Go to top