PERMAINAN SUKAN SEKOLAH

Permainan sukan sekolah yang menjadi tradisi ialah permainan hoki. Permainan hoki telah sinonim dengan nama Sekolah Tinggi Segamat, dan telah banyak mencapai kejayaan. Sekolah Tinggi Segamat juga amat berbangga dengan adanya padang hoki yang telah dibina semenjak zaman penjajah. Padang hoki ini mempunyai teknologi tinggi, iaitu air tidak boleh bertakung di atas padang. Jadi, inilah satu keunikan dan keistimewaan bagi Sekolah Tinggi Segamat.