Buku Panduan Kempen Ponteng Sifar telah ditulis khususnya untuk digunakan oleh Guru Penolong Kanan (HEM) dan Guru Kaunseling di Sekolah-Sekolah Daerah Segamat. Penulisan buku ini adalah hasil usaha dan inisiatif Majlis Guru Besar, Majlis Guru Kanan HEM Sekolah Menengah Dan Rendah serta Majlis Guru Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah bersama Pejabat Pelajaran Daerah Segamat Johor.

Sesi bengkel selama dua hari telah dijalankan di Pejabat Pelajaran Daerah Segamat dan Pusat Kegiatan Guru Segamat Baru telah menghasilkan satu kerangka kerja dan membawa kepada pembinaan buku panduan ini yang terdiri Manual Prosedur Kerja Menangani Kes Ponteng dan Modul Kempen Ponteng Sifar.

Buku Panduan Kempen Ponteng Sifar ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan asas prosedur kerja Unit HEM dan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling menangani kes ponteng di setiap sekolah di daerah Segamat dengan lebih mantap, terancang dan berkesan.

Pejabat Pelajaran Daerah Segamat merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua pihak pihak yang telah menghasilkan penulisan buku ini. Buku ini diharapkan bukan sahaja dapat membenteras habis-habisan masalah ponteng bahkan dapat membantu pihak sekolah mempertingkatkan disiplin sekolah pada keseluruhannya sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan untuk melahirkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Portal ini sesuai dilayari menggunakan Apple Safari 5.0, Google Chrome 7.0, Mozilla Firefox 3.0 dan Opera 10.6
web
analytics

 

Go to top