ANUGERAH SEKOLAH HARAPAN NEGARA

'Anugerah Sekolah Harapan Negara' merupakan anugerah yang akan dipilih dan diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada setiap tahun bersempena dengan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kepada sekolah yang telah menunjuk, membukti dan mencapai tahap kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan pendidikan di negara ini.

Bagi Peringkat Negeri Johor pula, 'Anugerah Sekolah Harapan Negara' akan dipilih dan diumumkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada setiap tahun bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri.

Manakala anugerah bagi peringkat daerah dipilih dan diumumkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

OBJEKTIF PENGANUGERAHAN

  1. Memberi pengiktirafan kepada peranan guru masa kini yang telah dan sedang berusaha untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara sebagai langkah ke arah pembinaan warganegara yang berguna.
  2. Memupuk, mengembang serta menyubur perasaan perpaduan di kalangan guru-guru bagi mencapai iktisas keguruan yang tinggi di kalangan mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka konteks semasa.
  3. Memberi penilaian secara objektif terhadap sumbangan guru-guru dalam usaha melaksanakan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar penganugerahan ini akan mencetuskan semangat bersaing yang sihat dan berkesan.

RASIONAL PENGANUGERAHAN

  1. Penganugerahan merupakan satu manifestasi pengiktirafan dan penghargaan Negara (Kementerian Pelajaran Malaysia) terhadap segolongan guru (secara kolektif) di sesebuah sekolah (satu asas unit pendidikan) atas dedikasi serta pengorbanan mereka sebagai pendidik terhadap pembangunan pendidikan umumnya serta pembinaan warganegara khususnya.
  2. Penganugerah dalam bentuk ini akan dapat menghasilkan satu model contoh dalam konteks semasa yang dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah lain untuk menilai secara iktisas tentang pencapaian, cabaran dan hambatan yang dialami oleh para pendidik di sekolah berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan dalam konteks masa kini.
Portal ini sesuai dilayari menggunakan Apple Safari 5.0, Google Chrome 7.0, Mozilla Firefox 3.0 dan Opera 10.6
web
analytics

 

Go to top